Morpheus
Morpheus

?? Which Of The Greek Gods Are You ??
brought to you by Quizilla

Thursday, October 06, 2005

Ramadhan Al-Mubarak - Bila setan dibelenggu.. adakah nafsu mengawal diri?

As Salaamu'alaikum Warahmatullah hi Wabarakatuh...
'Saya penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, seteleh diperkenankan.......'
Lama dah rasanya aku tak tengok pengumuman tu kat TV. Sebab semenjak dah meninggalkan usia remaja ni, kebanyakan masa pengumuman tu, aku tak berada di depan TV.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan untuk semua umat Islam walau dimanapun berada, dan semoga ibadah kita di dalam bulan Ramadhan tahun ini akan diberkati Allah, and semoga Allah memberikan kita kekuatan dan keazaman untuk beribadah dan mengambil kesempatan atas terbuka luasnya peluang untuk menggandakan dan mendapatkan pahala di dalam bulan yang suci ini.. AMIN!!
Dah dua hari puasa baru aku buat entri pasal puasa plak kan? Takpe le, better late than never. Puasa tahun ni, nampak gayanye, akan aku lalui kat KL jugak. Walaupun aku ingat sebelum ni yang aku akan berada di Tanah Borneo menjelang Ramadhan. Meh aku bercerita mengenai berpuasa di KL dan berpuasa di Miri.
Well, secara basicnya, takde beza sangat la pun kan? Masing2 berlapar di kala matahari menampakkan diri nya, dan berbuka di kala ianya terbenam. And then of course, pasar Ramadhan or Bazaar Ramadhan yang menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa. And tak kurang jugak yang berbuka puasa di restoran-restoran atau gerai-gerai bersama-sama dengan rakan-rakan dan teman sepejabat.
Personally bagi aku, berpuasa di KL ni lagik praktikal berbanding kat Miri. Although timing wise, aku akan vote for Miri laa.. since Miri berbuka puasa dlm 6.15pm camtu. Tapi bila memikirkan mengenai timing antara balik kerja dengan berbuka puasa, masa kat KL jauh lagi sesuai dan comfortable. Tak rushing sangat, dan tak memeningkan kepala sangat. Luckily waktu kat Miri tu berbuka kat rumah jek. Kalau nak buat event bukak puasa kat luar, rasanya sungguh tak praktikal, dan sungguh kelam kabut.
Even time nak bertarawih pun aku rasa kat KL ni lagik relax. Aku rasakan kalau kat Miri, the whole timing serabut. Tak relax langsung. Just after bukak pose, dah nak bersiap sedia untuk ke Masjid for tarawih, padahal masjid bukan jauh pun dari rumah.
Akan tetapi timing lepas tarawih tu, kat Miri lagik besh laa.. coz banyak masa terluang between time lepas tarawih dengan time nak tido. Kalau kat KL tu, kol 9 - 9.30 baru abih tarawih untuk yang amik 8 rakaat jek cam aku ni. Kat Miri kalu, timing tu dah bley buat 20 rakaat dan siap ngan witir sekali.
Tuh jek lee sedikit sebanyak beza nye pun. Dari segi juadah dan hidangan, entah le, aku rasa cam aku ni orang yang tak sesuai nak cerita pasal juadah. Sebabnya, aku ni bantai jek apa yang ada, and tak reti sangat nak enjoy meals yang pelik2 masa bulan pose ni. Sebab tu kalau aku gi bazaar Ramadhan, aku tatau nak beli apa. Balik2 kang, aku beli mende yang commonly available off dari masa Bulan Ramadhan. Tapi kalau kat Miri, aku mmg tak miss beli begedel, mee kolok,
But semalam masa bukak pose, aku dah merasa bubur lambuk kot kat Kpg Baru. Sedap gak! And bahana betui bukak pose ngan makan western food. Cukup la sekali. Tak larat nak meratah daging tu.
Tapi apa2 pun, jangan le berbuka as if cam tiada esok bagimu. Betul gak pendapat or kata2 yang aku dengo. Bila masuk time puasa, berbelanja lagi banyak dari bulan lain, dan time berbuka mmg tak kasi can nye! Tuh le nama nye nafsu kan?! So, control2 laaa. Jangan le nak menambah lagik berat badan dalam bulan puasa ni. Banyak2 le makan buah dari makan mende2 berminyak, dan banyak2 laa minum air!! Semoga kita tak terhydrated! cheeeh..!! And insya Allah.. berbuka la dengan kurma atau manis-manisan, sbb aku tak tau apa (or aku dah lupa), but dengan perut yang kosong ada baik nye makan makanan yang manis. Tambah glukos kot? Berbuka le dengan bijak! he he he!!
And pesanan dari penaja : Janganlah kita berpuasa sekadar mendapat dahaga dan lapar sahaja. Pada umur kita sekarang ni, sepatutnye lapar dan dahaga adalah dugaan yang paling kecil semasa berpuasa. Dan sepatutnya di bulan Ramadhan ini, kita berebut2 untuk mendapatkan dan mengumpulkan pahala sebanyak2 nya... insya Allah!
Berpuasa lah seolah2 ini adalah puasa terakhir kita di dalam bulan Ramadhan.
Selamat bersahur, dan selamat berbuka!