Initial D : Chronicle of the Lentang
Salaam...
Scene 1
Semua berkemas nak balik dari Hutan Lipur Lentang, berdekatan dengan Bukit Tinggi. Setelah puas berendam, dan menongkah arus yang deras selepas hujan, dan menyampu rambut dengan Syampu Rejoice (iklan sikit - *thanx Hayazi*), semua pakat nak balik.
Flashback
Hutan Lipur Lentang mmg besh. Tempat dia amat menarik. Altho takde air terjun cam kat Kanching, and takde tempat boley buat terjun tiruk cam kat Batang Kali, and takde tempat boleh slide cam kat Gabai, ianya tetap ada tarikan tersendiri. Salah satu daripadanya, tak perlu bersusah nak naik bukit yang tinggi dan curam menuju ke tempat perkelahan.
Back to Main Scene
Nuar Yaabbna tgh tunggu kat kereta ngan berkain pelikat. Ni gara2 tak bawak seluar spare. Nasib baik aku bawak kain pelikat tu. Kalau tak, terpaksa lah dia bertuala jek. HA HA!!
Sblm bertolak tu, discuss plak, sapa nak gi mana, and nak jumpa kat mana, and nak buat apa? Nak balik DJC terus ke, or nak singgah minum2 kat memana dulu? Sume pakat nak balik rumah memasing, or gi DJC dulu, then baru gi minum2 or makan2 kat NZ Wangsa Maju. And since Am Sayangmama terpaksa gi Hentian Putra Gombak dulu nak amik kete dia, so aku suggest Nuar Yaabbna ikut derang, so dia bley tunjuk jalan gi DJC. While Nuar Neslo plak masuk Kelisa ngan aku. Lagikpun ibu jari Nuar Neslo bengkak, tak bley nak drive. So Bean ditugaskan untuk membawa Kembara Neslo, bersama2 ngan Yaabbna and Am.
So memasing pun masuk kete, start enjin, dan bertolak dari Hutan Lipur Lentang dalam lebey kurang 5.30 - 6pm camtu kot?!
Scene 2
Memandangkan kete aku yang paling depan sekali (kete Aqil paling depan actually, tapi dia gerak lagi awal), so aku pun dengan selamber nye buat aksi Formation Lap dari tempat kitaorg park, sampai le nak masuk Highway Karak tu. Aku bawak slow2 jek, saje nak buat kete belakang tension. Belakang aku, aku nampak kete Awin, and belakang dia aku tatau laa sapa.
Masuk jek dlm highway, sume kete pun memotong kete aku. Ada la 3-4 buah kete kot memotong Kelisa yang aku pandu tu. Mula2 nye aku niat bawak slow jek. Bawak 60-70 dah le. Takde apa yang aku nak rushkan pun. Tapi tetiba jek instinct Inital D tu datang plak. So aku pun pasang le SEAT BELT, and tekan minyak.
Satu2 kete kat depan aku potong. Yang aku ingat aku potong kete Aqil, kete Awin, ngan kete Bean. Bean yang paling depan, so aku pun memecut memotong kete dia. Bila aku dah potong, Bean nak retaliate balik lak. He he!
Time tu, hujan dah mula turun. Sampai kat satu area tu, aku nampak ada trailer minyak baru masuk highway. So aku pun memotong treler tu dari belah dalam, kira potong ikut lane kiri laa. Sblm memotong tu, aku nampak le meter kete dlm 120 km/jam. Kete Kelisa kan? Laju mana jek lee dia bley jalan. Lepas memotong tu, hujan dah makin lebat gak, so aku pasang le wiper. Dah wiper keter member aku tu plak tak okie sangat. Instead of mengclearkan windscreen, makin kabur plak. So aku have to increase the speed of the wiper untuk mengclearkan windscreen kete tu.
Scene 3 (part ni blur2 sikit laa ek? nak wat camne?)
Aku rasa just after aku overtake trailer tu, ada satu selekoh membelok ke kiri, and then kat depan tu membelok ke kanan. So nak amik senang, aku amik lane belah kanan, so aku bley belok ke kanan easily lepas tu. As usual aku nak amik selekoh, aku brek sblm aku reach selekoh tu, and menten a reduced speed waktu amik selekoh. Aku tak tgk meter dah masa tu, tp aku agak2, dlm 70 - 80 kot, or senang citer, speed yang sama aku bawak kat selekoh2 sebelum tu. Jalan takde lopak2 gik, and tak berair pun walaupun titisan hujan makin lebat gak le.
As aku reach the apex of selekoh tu, aku dapat rasa kete kelisa tu tak membelok ke kiri, walaupun aku dah pusing steering tu. Aku dapat rasa and dpt tgk yang bahagian depan Kelisa tu bergerak lurus jek, or dalam ertikata lain, skidding.
Meh aku cerita part ni frame by frame :
Frame 1 : Sebelum langgar divider
Bila aku sedar kete tu tak dapat dikawal, aku nekad nak langgar jek divider tu. Advise orang untuk tidak menekan brek dlm keadaan camtu masih melekat dan aku praktikkan. Aku ingat kalau hit divider tu, kete tu akan berenti jek. At this time, kepala aku dok pikir .. 'Alamak!! Habis le kete kawan aku! Mampus aku nak bayar ni kang!!'
Frame 2 : Setelah langgar divider
Time ni plak, aku ingat kete tu akan stop. So aku bley assess the damage le masa ni. Kononnye. Tapi sangkaan aku meleset cam semelesetnya ekonomi tahun 1997. Kete tu buat aksi yang aku tak pernah nak imejin akan berlaku kat aku. Aku dapat rasa blah kiri kete tu ternaik plak.
Frame 3 : Aksi turn-turtle
Bila masa belah kiri kete tu ternaik, and pintu blah aku menghempap jalan, aku dapat nampak cermin pintu tu pecah, berderai, jadik cam pecahan atau deraian gula. Aku bley nampak ada satu mende kaler hijau terkeluar dari cermin yang pecah tu. And then Kelisa terus bergolek lagik, and masa ni, aku ngan Nuar Neslo terbalik dlm kete, and aku nampak windscreen plak retak, tp tak pecah. At this time ke-empat2 tayar kat atas le kan (part ni Bean ngan Yaabbna bley citer ngan detail keadaan dari luar plak). Lepas tu kete tu terus bergolek lagik, and cermin belah Neslo plak yang pecah, dan deraian nya amat kuat gak (aku bley nampak semua ni!). Kendian kete tu balik ke atas semua tayar nye, dan bahagian depan kete tu menuju ke arah guard railing yang kat tepi jalan tu plak.
Frame 4 : Aksi melanggar Guard Railing
Aksi kete tu tak berenti kat situ. Speed masih ada, so kete tu pun menuju ke arah kiri jalan, dan melanggar guard railing untuk menamatkan aksi stunt yang terhebat yang pernah aku buat semenjak aku hidup selama 29 tahun bbrp bulan lagik nak masuk 30 ni. Setelah kete tu melanggar guard railing baru le ia stop.
Scene 4 : After Mati Enjin
Aku nampak Kembara dah berenti kat depan. And alhamdulillah, and amazingly, takde sebijik pun keta yang berdekatan ngan Kelisa masa tu, so takde le Kelisa tu melanggar atau dilanggar keta lain (menurut cerita Bean plak, Kembara tu mmg amat dekat ngan Kelisa masa tgh turn turtle tu!).
First thing aku perasan, ada darah kat siku kanan aku. Aku tak assess lagik luka nya camne. Then Nuar Neslo pun bersuara 'Ko okie?'. Aku angguk jek. 'Matikan Enjin...' kata Nuar slow jek. Laaaa.. !! Aku baru ingat nak driver terus and hanto kete tu ke Workshop kat KL. Gila apa aku ni?
Then Nuar pun keluar. Aku tatau dia gi mana memula. Then aku nampak cam dia nak cross jalan. Time ni le aku nampak lengan kiri Nuar. Badly scratched! Tak dapat aku nak cerita camne. Cam ikan yang disiang2 jek rupanye. Lengan aku pun tak kurang gak berdarah time ni. Menitik2 dah darah.
Aku pun follow Nuar. Ingat nak cross jalan gak, sbb nak amik barang2 yang terjatuh dan tertinggal setelah aksi stunt tu. Tapi aku malas nak cross sbb banyak sgt keta plak dah sampai. At this time, satu2 kete bebudak GeJu park tepi jalan tu, and sorang2 dari derang datang nak tgk aku ngan Nuar. Aku soh Nuar amikkan tuala aku, ngan cermin tepi kete yang tertanggal dan terjatuh kat tepi highway tu.
Lepas tu, aku dah blur dah. But aku ternampak cam Cina pakai henpon atau walkie talkie dah ada kat belakang keta Kelisa aku tu. Time ni aku takleh fikir sangat. But lepas tu aku pelik plak, camne Cina tu bley sampai cepat nye?! Dlm anggaran masa lebih kurang seminit jek lepas kejadian, Cina tu dah sampai.
Ramai sgt yang tanya aku okie ke idak. Aku ingat Awin ada tanya, and sapa lagi ntah, and aku nampak muka Hana cam nak nangis. Tapi aku relek jek, dah mmg aku okie, luka pun sikit jek kan? Bukan nak meriak la. Tapi aku bersyukur aku takde apa2. Sbb tu aku buat muka selamber jek.
Then aku gi amik henpon aku, and call member aku, tuan punya kete tu. As usual, aksi dia terkejut laa kan bila aku bagitau dia story sume. Masa aku tgh call ni, bebudak lain tgh sebok mencuci luka aku, takut ada kaca, and membalut lengan aku dengan tuala. Sapa punya tuala pun aku tatau, but thank you la.
Then time ni aku mmg tatau apa berlaku, and apa patut aku buat. Masing2 dok menjerit nama aku soh masuk kete Zhoulz, nak dihantar ke Hospital Selayang. Sebenonye, aku takyah pi pun takpe. Aku patut stay ngan kete tu jek. But, aku takut gak, kot2 ada kaca termasuk, or ada apa2 yang berlaku kat aku, so aku pegi jek le ke Hospital Selayang.
All this while, Aqil dok memayung aku. Cam Agong plak rasa nya dipayungkan. Thanx Aqil! Sebelum bertolak tu, aku teringat wallet, and patah balik ke kete tu nak amik wallet. Aku sempat la tgk keadaan Kelisa tu. Mmg brutel! Sayang takde sapa yang amik gambo time dia baru lepas eksiden tu.
Aku masuk balik kete Zhoulz. Aku, Zhoulz, Nuar Neslo ngan Im Ayares pun gerak ke Hospital Selayang naik Waja. Recap balik apa jadik, then aku dok pening kepala pikir, camne bley jadik camtu?
Ending
Takyah le aku citer apa jadik kat sepital tu, or on the way ke sepital. Aku bersyukur, kecederaan aku minimal. Aku rasa takde internal injury. Tapi aku kesiankan Nuar Neslo, sbb lengan dia terkoyak, and kena 20 jahitan. Sib baik Nuar cool jek, and kitaorg dua org masih mampu mengukir senyuman dan buat lawak bodoh selepas kejadian tu. Aku plak, doktor tu ckp takyah pi sepital pun takpe (takde le.. saje jek aku nak tunjuk betapa minor nye injury aku!).
One thing for sure, seat belt Kelisa mmg dah menyelamatkan aku ngan Nuar. Kalau kitaorg tak pakai, aku tatau le apa akan jadik. Alhamdulillah lagik sekali.
Too many theories dah aku dengar camne aku bley eksiden, even aku sendiri pun dah byk sgt keluarkan teori. Namun, bagi aku, ni semua dah qada' dan qadar! Bak kata Zhoulz, dan termaktub dan tertulis dan Loh Mahfuz (betui ek?) Aku redha, aku terima. Aku harap aku akan belajar dari peristiwa ini. Ambik iktibar orang ckp.
Ucapan
Aku nak ucapkan thank you kat semua yang menunggu kat rumah aku malam tu, and yang masak dinner kat rumah. And thank you to Zhoulz ngan Im for sending aku ngan Nuar ke hospital. Thanx to Arm, Nuar Yaabbna ngan ND for taking care of the Kelisa while I was gone. Thanx to Awin yang cleankan luka aku and balutkan luka aku. And to the rest, thanx for your concern. Aku kesiankan korang more than korang kesiankan aku kot. Sebab aku tgk sorang2 risau. Sori la sbb mengendingkan piknik yang besh kat Lentang tu dengan Tragedi Oktober. But thanx a lot! I really appreciate it.
Kepada yang lelain yang baru dapat news kemalangan aku and then risaukan keadaan aku, aku ucapkan terima kasih gak. Lemme just on behalf of Nuar gak le sekali. I think dia pun rasa camtu gak.
As of today, setelah 3 hari selepas eksiden, aku still okie. Alhamdulillah. So don't worry!
THANX AGAIN ALL!!
p/s : Gambo kete, nanti aku akan amik, and aplodkan untuk tatapan semua.


<< Home