Morpheus
Morpheus

?? Which Of The Greek Gods Are You ??
brought to you by Quizilla

Friday, October 14, 2005

Final Walk...

Salaam...
Pagi ini, segala-galanya seperti berkata 'Selamat tinggal' kepada aku, ataupun paling tepatnya, aku yang mengucapkan 'Selamat tinggal' kepada semua.
Untuk kali terakhir nya, aku melangkah meninggalkan apartment untuk pergi kerja. Menunggu teksi atau bas di tepi jalan Taman Melawati. Hari ini dah terlambat, so I flagged down a cab. Untuk kali terakhir nya menaiki cab menuju ke LRT Wangsa Maju. Actually, dalam masa ini, aku belum menyedari lagi yang ini adalah perjalanan aku yang terakhir pergi kerja di KL ini. Sesampai nye aku nak memasuki LRT, baru la aku sedar. My last train ride to work.
So selepas ni, takde lah lagi aku bersesak di dalam LRT. Aku still remember the first time aku naik LRT turun kerja. Tension ada gak, sebab dah le penuh, ngantok plak tu. Time2 tu memang terpikir balik kenapa le aku pilih and suka sangat nak kerja kat KL ni?
As time went by, aku dah get used to it, and for some reason, aku tak complaint dah walau pun LRT tu penuh sesak seperti Bas Mini suatu ketika dahulu. Maybe at that time, and even now, aku dah di'KL'kan kot!
And for the last time, aku meninggalkan LRT KLCC, dan berjalan kaki menuju ke ofis aku di Rohas Perkasa. Merentasi Suria KLCC. Berjalan di Concourse level, melewati Rotiboy yang selalu aku singgah nak beli Tuna Sandwich ngan Rotiboy nya for my breakfast. And oh yeah, hari ni kat Center Court Suria KLCC, ada something. Aku rasa cam Deepa-Raya nye celebration. Tengok laa gambar2 dia kat bawah ni kang.
And for the last time.. aku bergerak meninggalkan Suria KLCC, menyeberangi jalan, melintasi Rum Jungle, dan deretan shoplot kecik. Dan untuk kali terakhirnya, aku masuk elevator, and tekan no 12. Dan untuk kali terakhir nya jugak aku memasuki ofis Weatherford KL sebagai employee di sini. Lepas ni aku may still datang kat opis ni, tp bukan lah sebagai warga ofis KL. Hanya sebagai visitor jek.
Apa perasaan aku? Entah laa. It helps that aku tak make such a big fuss about me leaving in the real world. Aku hanya bising2 dalam blog and dalam konferens jek. Depan kengkawan or colleague semua, aku buat biasa2 jek. Tapi yang best nya, ari ni nanti, Weatherford buat Majlis Buka Puasa kat Crowne Plaza. So tak semena2 nye, aku secara perasannya, menganggap ia sebagai Majlis Farewell untuk aku. He he.. tak kisah la kan. Beside, reality nye, aku bukan nak pun farewell2 ni! Cam ape ntah.. but for the sake of meeting old and new friends and kenalan, maka it deemed necessary untuk aku.
Atas sebab tu le aku nak buat Majlis Buka Puasa cum Farewell Kenduri esok. Aku tatau macam mana lagi cara nak jumpa semua kengkawan yang aku kenal kat KL ni in a really short time. Seriously, minggu ni aku rasa cam tak cukup masa aku nak spend ngan those yang aku kenal kat KL ni. Packed abih schedule! Cam Menteri plak! Tapi alhamdulillah.. so far, semua yang aku nak jumpa, and nak berbuka tu, aku dah buat.
Cuma ada seorang insan ni, yang aku nak sangat jumpa. Dah kenal setahun, tapi tak pernah2 jumpa gik. Cuma bersms, dan telepon jek. Teringin sangat nak berbuka puasa ngan dia. Mudahan dapat le aku berbuat demikian nanti, dengan 3 peluang berbuka puasa yang tinggal untuk aku sekarang. Insya Allah.
So, malam ni, will be my final walk out of this building, taking the LRT back to Wangsa Maju, and going to Hillside Apartment. My final walk dari mencari rezeki di KL. It ends here, for now. Insya Allah.. kalau rezeki aku balik ke KL, aku akan kembali bertarung di kota metropolitan ini. Dengan versi Apai yang baru! Upgraded, and improved! Bersama2 dengan bini nye.. hehehee.. iye ke?!
I am loving each and every moment I have and had here, and I will cherish everything! This has been a wonderful 2 years journey for me. And the memories, I will bring it back with me, and I know it will accompany me wherever I go. And baru je dapat my flight tiket back to Miri. A one way ticket, to my beloved city..............
Aku tak pack gik pun.. coz I dunno what to pack!! Wish I can just leave everything behind... I hate moving!
Passengers Tengah Tunggu Train

Yea! Yea! Train Dah Sampai


Kesesakan Dalam LRT - ni kira okay le ni!


Deepa-Raya Celebration in Suria KLCC

He he he.. saje jek aku nak beraksi sikit dengan enpon baru! Gini lah hasilnya ye tuan2 dan puan2 setelah menggunakan kamera 2.0MP dari enpon K750i. Canggih kan tuan2 dan puan2? hehehe...