Morpheus
Morpheus

?? Which Of The Greek Gods Are You ??
brought to you by Quizilla

Wednesday, May 18, 2005

Aku, Dia, dan Niara.....

Salaam..
Aku tak reti sangat nak bercerita seperti penglipurlara, so.. harap korang enjoy :
Aku tgh duduk kat Niara menunggu dinner, dengan sume gang2 DJC and CDO. Seperti biasa, aku order makanan rasmi aku lee, nasik putih ngan any kind of lauk, with telor dadar, and teh-o-ais limau. Then borak2 lee ngan bebudak Hillsiders sume pasal isu2 semasa, awek and what not!
Tgh syok2 berborak tu, tetiber jek Rini, mek yang menjadi penyeri kat Niara tu, datang kat meja kitaorg. Nak ckp amik order, kitaorg dah order dah. So sume terkejut. Aku duduk kat kerusi paling tepi sekali, and Rini terus pergi dekat ngan aku.... sambil bertanya dalam loghat klate (aku tak reti nak nulis, so aku translate jek lee dlm bahasa melayu standard)
Rini : Awak ada kirim salam ngan saya ek?
Aku : Err... ada (ngan muka malu2 kumbang)..
Rini : Awak tau kan saya dah kahwin? (HA HA HA!! korang sume tatau kee??!! padan muka!)
Aku : Err.. tau (ngan muka hidup segan mati tak mahu!)
Rini : Saya perasan awak selalu jek usha2 saya setiap kali awak makan kat sini.. kenapa ek?
Aku : Err.. saje jek.. (ngan muka ampeh tak malu!!)
Rini : Awak tau tak.. laki saya selalu dok riso sbb dia gak perasan awak selalu usha2 saya.. dan dia ckp dia nak buat sesuatu tentang tu!?
Aku : Err.. iye kee?? (ngan muka gelabah dan seram sejuk??!!)
Then tetiba jek Rini dok kat sebelah aku. Aku tak perasan bila masa plak kerusi kat sebelah aku kosong. Dia pun duduk and join kitaorg borak2, mende yang tak pernah dia buat selama ini!! And tambah2 mengetahui dia dah berlaki, dan laki dia tahu aku dok flirt mata ngan bini dia, membuat aku bertambah riso.
Dan menambahkan lagik riso aku, tetiba jek aku rasa tangan Rini memegang peha aku. Aik?? pesai plak ni??!! Mata aku dok usha2 sekeliling jek, memerhati kelibat laki dia. Ntah kenapa, aku tak plak melarang dia buat. Aku buat bodoh jek, walaupun dlm hati berdebar2 takut. Then tetiba dia melentukkan kepala dia kat bahu aku tanpa sebab. Dalam hati aku.. biaq betui minah ni??!! Normal ke tak dia ari ni?!!! Makin lee aku riso...
Entah kenapa, hati aku jadik tak sedap. Macam ada something wrong nak happen. Mata aku tak lepas2 dari memandang pintu dapo. Memang semacam jek perasaan aku time tu.
Dan tak salah perasaan aku tu!! Tetiba jek aku nampak segerombolan gang lelaki yang diketuai oleh laki Rini kuau dari dapo tu!! Gang CDO ngan DJC terus bertempiaran lari dari Niara.. dan menuju ke main road, sambil dikejo oleh gang2 laki Rini yang cam orang mengamok mati bini!! Ada lee dlm 10 orang kot derang sume, bersenjatakan pisau dan parang!!
"Lari terus jek weeeh!! Jangan tengok2 belakang!! mampuih kita weeeh!!" aku dengo sorang dari kitaorg berteriak!! aku pun tak tau sapa... aku mmg bley dikatakan bukak langkah seribu leee.... Schumacher pun kalah kot!!!
Nak tau ending dia camne??!! Aku pun tak tau ending dia camne... sbb aku terbangun dari tido!! HA HA!! Nih bukan apa... my first dream in how many months or years yang aku bley recall vividly!! Lately ni aku tak bley ingat mimpi aku apa pun.. hehe.. lagik satu.. org ckp kalau kita mimpi someone tu, maknanya org tu teringat kat kita.. tatau how true lee kan??!! hmmm.. sapa plak yang ingat kat aku?? takkan rini teringat kat aku plak??!! hmmm...........
So guys.. satu calon dah down!! Akan tetapi, aku still suka nak melawat niara, and melihat pemandangan yang indah kat sana!! Tak bosan mata dan kepala aku dok berpusing2 macam radar setiap kali dia berjalan2 keliling restoran!! hehehe... GATAI NYE KO APAI!!!
Tahu tak mengapa!! hehee!!....