Bapak Borek Anak Rintik...
Salaam...
Aku rasa isu ni dah lapuk.. maybe dah lama dah keluar.. tp aku baru perasan masa aku baca paper kat Brunei.. cerita pasal anak ex-PM kita yang menyamakan treatment terhadap wanita Islam dengan apartheid di Afrika Selatan. Aku rasa ni tulisan dia dalam The Star, and you can read it here from Jeff Ooi nye blog.
Aku tak tau lah apa masalah sebeno anak PM ni, sampai dia sendiri nak mengslamkan agama dia sendiri. Org bukan Islam mmg cuba membuka mata dunia dengan memburukkan nama Islam dengan layanan2 yg kununnye buruk terhadap wanita, seolah2 dalam Islam ni, wanita is second class.
Sedih gak kalau org Islam sendiri tak percaya dengan nilai2 murni Islam itu sendiri, dan tak nampak betapa indahnya values yang diperkenalkan oleh agama Islam, yang telah membebaskan wanita di zaman jahiliyah dulu. Sedih kalau dalam kancah dunia skrg berusaha nak memburukkan dan menjatuhkan maruah agama Islam, and ada gak org Islam sendiri yang cuba menjadi assistant dalam tugas2 khas derang ni untuk menghentam org Islam. And to make the matter worse, mende ni datang dari anak ex-PM kita, yang pernah mengedarkan kondom secara percuma kerana beliau tak percaya Islam adalah cara terbaik untuk menangani masalah sosial dan AIDS.
One thing aku nak highlight dari article tu, ialah bagaimana penulis begitu memperincikan dalam masalah poligami dan masalah 'bad treatment' yang wanita di Malaysia ni dapat, dan blame it on Islam. Guess, bak kata ada satu blog yg komen pasal artikel ni, she should have known the difference between Islam and Muslim, the same goes with being a Malay and being a true Muslim, or should I say Mukminin. Kenapa nak membesarkan isu penceraian, when Islam sendiri membenci pada penceraian. Even isu boleh cerai guna SMS pun dia dah besarkan. Kalau lah seseorang Muslim tu tau nilai2 sebeno agama Islam tu, aku rasa tak perlu timbul pun isu2 pasal penceraian ni.
Aku tak tau nak cakap apa, tapi kalau lah boleh, aku nak cakap... camni le jadik nye kalau org yang tak berkelayakan nak bercerita tentang Islam, to come out and express her thoughts, just because dia rasa dia layak. Memang ada freedom of speech, tp aku rasa kita sendiri tau camne nak ukur baju di badan sendiri.
Kita dah jauh sgt meninggalkan ajaran2 yang ada di dalam Quran dan Hadis. Dah lama sangat kita tinggalkan, dan tak buka. Dan lama sangat dah kita dok dengar jek org lain ckp pasal Islam, tanpa kita sendiri nak tau apa cerita sebenarnya. Kita dok selalu sgt org ckp.. jgn ikut jek.. nanti taklid buta.. tp yet.. ramai gak yang buat dok lagu tu.. hanya kerana malas nak mengetahui perkara sebenar.. jadi kita jadikan budaya kita sbg guidance kepada ajaran Islam... Melayu = Islam....
Sia2 Allah bagi nikmat mata kalau kita tak nak membaca. Sia2 Allah bagi nikmat akal kalau kita tak pandai berfikir. Dan sia2 Allah bagi nikmat hidup kalau kita sendiri tak tau camne nak memperjuangkan dan meningkatkan maruah Islam itu sendiri di kala nama Islam dicemari sewenang2nya oleh musuh2 Islam yang nyata.
.... sampaikanlah pesananku.. walaupun hanya sepotong ayat... yang baik tu semuanya dari Allah.. yang salah dan silap dan buruk tu.. memang aku le tu....


<< Home