Morpheus
Morpheus

?? Which Of The Greek Gods Are You ??
brought to you by Quizilla

Thursday, January 19, 2006

Don Juan Nak Jadik Millionaire.....

Salaam...
That's the goal... and here are the plans :
1. Long Term - Invest dalam ASB - aku dah lama teringin nak amik loan and invest dalam ASB ni. Dok cari info pasal dividend payout ngan info pasal ASB kat internet, punya le susah. Ingat kat PNB nye site ada, rerupanya, satu sen haprak pun takde info yang berfaedah kat PNB nye site tu. Dok Google plak, takde kuau info yang aku nak. So, nampak gaya, kena le mengadap banker sendiri lepas ni, nak tanya sikit sebanyak pasal loan ASB ni. Nampak cam menarik. Although kena bayo dia nye interest, but bila kena ngan dividend dia, mmg masyuk gak. Anyone yang ada info pasal loan ASB or ASB in general, sila2 lah share ngan aku ek? Thanks in advance!!
2. Invest in properties - ni aku mmg lama dah dengo. Org cakap, beli hartanah, tak merugikan. Sbb real estate properties ni, rega dia makin lama makin naik. Daripada buang duit beli kete yang canggih2 yang lama2 nanti rega makin turun, baik invest beli rumah, or apa2 yang sama gak ngan mende tersebut. That is invest dalam something yang pastinya rega akan naik. But again, invest ikut tahap kemampuan le kan. Jangan main ikut jek rentak orang lain. So nak kena identify properties yang memasyukkan. Aku rasa, area Wangsa Maju tu, potential dia mmg menarik. Any comments?
3. EPF - well, ni mmg simpanan hari tua kan, tp ramai gak yang tak amik kisah sangat pasal EPF ni. I mean, derang just serahkan bulat2 kat majikan utk deduct and do the math themselves, tanpa kita sendiri amik tau brp dah dlm EPF, and brp yg akan kita perolehi bila dah tak bekerja nanti. Teringat dalam buku Azizi Ali, bila dia ckp almost more than 80% dari rakyat Malaysia ni, duit EPF tak cukup nak menampung hidup lepas bersara. Maybe it's true. So, rasanya, kena tambah sendiri le duit EPF tu, kalau2 ada yang terlebey laa.
4. Online investment - ni aku tak berani nak ajak orang nak join, although aku sendiri convince mende ni bley jalan. Did some calculations, and aku rasa, kalau mende ni tak buat dajey, insya Allah, mmg cepat laaa nak capai goal aku ni. Banyak site skrg ni yang offer pelbagai cara nak menggandakan wang anda. Ada yang surf several number of sites to earn certain percentage of daily earnings. And ada plak yang just provide investment window, and earn some percentage in 5-10 days time. So, aku take the risk to invest in some of these 'schemes'. Kalau result dia memberangsangkan, aku akan let you guys know. Let me be the guinea pig. So far, alhamdulillah, pulangan yang menarik. But again, like other investments, the more you invest, the more you earn la kan, and the higher the risk. Kalau nak tau detail gik, kat tepi blog aku ni aku ada bagi some of the sites.
5. GOLD - yes, that's right. Investing in gold. Sekarang ni aku dengo, all time high for the price of gold. Aku tak follow sangat le rega emas ni, tp cam menarik jek. Saw some info pasal emas ni kat Maybank nye site, and sounds interesting. I might put it into my investment consideration la.
6. Business venture - bapak segala2 akar umbi nak menganak pinakkan duit anda. Lama dah pikir nak join business ni, tp tak pernah jalan pun. So, maybe I will start small, and tgk le camne nanti. Insya Allah, mudahan mendapat pulangan yang menarik. Selagi rezeki yang halal, Tuhan akan berkati kan? Sedangkan Rasulallah pun berbisnis gak dulu.
7. Main Saham - honestly, aku tak reti sangat nak main saham ni. Mmg takde le nampak susah pun. The logik is simple, buy when it is low, and sell when it is high. But nak tau bila low ngan high tu yg masalahnye. Tgk le, kalau aku dah bosan keje, and rasa nak spend time dok tgk rega saham jek, aku join la. For time being, I put it on hold. Banyak sgt nak kena tau pasal kompeni before berani nak join.
8. Kawin ngan anak orang kaya, atau ganti Sultan Brunei jek. He he he!!!
That's the attack points. Now the defensive part:
a. DO NOT OVERSPEND - rule of thumbs from Azizi Ali : Do not spend more than you earned. Or kalau nak selamat gik, do not spend as much as you earned. And avoid using Credit Cards by all means (ni mmg aku nak kena train diri aku ni... bebal ya amat!!)
b. SAVE - need I say more?
c. Ni plak nasihat dari mak aku - JADI KEDEKUT!! Well, totally agree. Kalau tak kedekut, mmg akan dok spend jek duit tu.
d. VALUE YOUR MONEY - penat2 keje sebulan mencari duit, cuba le pikir sikit sblm berpisah dengan duit tu? Takkan susah2 cari duit, senang2 plak nak buang duit?! Tak ke bodoh namanye tu?!
e. THINK SIMPLE - tak guna spend so much on things yang tak berpekdah untuk kita, or even for the sake of nak pamper diri sendiri, takde maknanya kalau in the end of the day, yang susah nye kita sendiri jugak.
f. DO YOUR MATH - tiap bulan, buat le bajet sendiri. Tgk how our spending pattern looks like, and attack mana yang rasa membocorkan kocek kita.
g. last but not least - JANGAN LUPA SEDEQAH DAN ZAKAT!! - cuci lah pendapatan kita tu. Takyah la aku nak explain, korang paham2 laa sendiri. Kalau tak paham gak, gi tanya mereka yang paham.
Itu le goal aku. By bila aku nak jadik millionaire? Ada sorang kawan aku cakap by 35 dia nak jadik millionaire. So, aku ada another 5 yrs to achieve this goal. Aku just nak rasa, camne rasanya bila dah jadik financially independent. No debt, no nothing. Duit masuk jek. Kan best?!
Duit is not everything?! Mmg laa... tp tanpa duit is also not everything. Pandai2 laa pikir dan pilih arah mana nak dituju. Aku actually ada cita2 besar ya amat kalau aku dapat jadik millionaire ni. Nanti2 le aku citer kat blog, insya Allah. Tu pun, kalau aku rasa cam nak cerita la.
One step closer......