Morpheus
Morpheus

?? Which Of The Greek Gods Are You ??
brought to you by Quizilla

Friday, May 27, 2005

Selamat Berhujung Minggu!!!

Salaam..

Aku dalam keadaan takde idea nak menaip apa2 ni... actually ada lee mende nak menaip.. tp takde masa... soo aku persembahkan yang dibawah ni untuk tatapan mata korang sume ek??

Epilog Cinta 1
Ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsingan lagi... setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya seantero negerinya...

dan pada satu ari dgn tiba2 datangla sekumpulan manusiayg jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucurnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk... maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya... dengan lahapnya ketuasamseng tu merasmikan dulu merasai cucur tersebut...dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pon kata...

" dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak"

dan penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun selinsingkan lengan bajudan berkata dengan selambanya...

"ooooo... cucur udang aku takde udang korang bising... tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising pulak"

Epilog Cinta 2
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu.. Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah.."Ayuh cepat..mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini..Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!" Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!" Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...


"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Epilog Cinta 3
Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai...?"
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi..

Rosni berkata dengan sopan.."Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...


"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"


Epilog Cinta 4
"Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di
sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan
akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau
berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak
silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang
dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu
adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan
seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam
keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap
pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak
tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"

Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."