Travel Week!!
Salaam..
Minggu ni aku akan dok travel jek! Petang ni aku akan ke Singapura for 3 days! Then balik ari Rabu, then terus balik kampung ke Miri! YAHOOOO!!! then ari Khamis, cuti Maulidur Rasul kat Miri!! YAHOOO lagik!! I will only be back in KL next Monday!! YAHOOOOOO!!! So Nuar!! KO JAGA RUMAH BEBAIK!!
Aku dah update blog lain aku http://conspireapai.blogspot.com, dan insya Allah blog http://apaiblur.blogspot.com jugak akan di update. Jenguk2 lee kalau rajin!!
Last Saturday, aku berpeluang nak join Kursus Sifat2 Solat Rasulallah s.a.w. Very insightful, and very informative! Alhamdulillah! Sekurang2 nye sekarang ni aku tahu cara solat yang SEPATUTNYE!! Bukan setakat main ikut jek apa yang kita tau dari kecik dulu, and tau dari mana asal-usul each pergerakan itu. Sekarang ni terms Berilmu dan Beramal dan vice versa tu really getting clearer in my head. Insya Allah, aku akan share sikit2 lee apa yang aku pelajari tu kat blog Mencari Nur aku kat atas tu.
And semalam aku gi jejalan kat Low Yat. Hajat hati nak amik FREE MODEM yang aku dpt for Streamyx. Tp kehampehan plak, sbb ada org screw up kat aku nye activation report! Hmm.. talking about efficiency. *sigh*. And pagi ni dok try nak call mamat yang bertanggungjawab tu kat Clickers Kelana Jaya. Maybe derang cuti kot ari ni, sbb aku dari tadi dok call tak dapat2. Sesapa kenai Ikmal Aini Idris yang keje kat Clickers Kelana Jaya, call dia and soh dia kontek aku!! or better yet, bagi no henpon dia kat aku. Dah dekat dua bulan dah aku tak dapat gik FREE MODEM tu!! Not a big deal, but since dah janji nak dapat, takkan nak dok diam kan??
Then aku beli bunch of DVD, and malam tadi tgk lee cerita Bourne Supremacy ngan leman and nuar. Menarik gak cerita, walaupun aku tak konsentret sesangat semalam. Then lepas sume orang tido, aku layan plak citer Underworld sampai kol 3am! Lama dah aku berniat nak tgk cerita ni, and finally aku berkesempatan. Aku dah fall in love ngan Kate Beckinsell (betui kee ejaan last name dia tu?) he he!! And bahananya, pagi tadi aku terbangun kol 10 pagi, and 10.30 baru masuk opis! Nasib baik boss dah balik kampung bercuti!! YAHOOO!!!
and few days dah aku dok ada masalah ngan telinga aku ni. Bukan apa, hasil perlombongan belum diextract sepenuhnye, menyebabkan sensor pendengaran aku tak comfortable sangat. Ni lee gara2 menggunakan ubat pencair ni!! HAMPEH TOI!! ari ni pun sama.. tp takpe.. aku hanya perlu bersabar!! hehehe!!
and satu lagik menarik, bagi aku. Masa gi kursus ari sabtu tu, aku berkesempatan gak nak membeli satu VCD. Pasal perdebatan, antara org2 Murtad, ngan Muallaf kat Indonesia. And aku dah tgk habis! Memang menarik. Nanti aku kupaskan kat blog Mencari Nur tu. Sesapa nak tgk, aku bley pinjamkan! Tapi kena tunggu aku balik dari Miri lee. Aku nak tunjuk kat orang2 Miri dulu.
So tu jek le. Rumah kat Miri belum ada modem, so aku tak tau whether aku bley online ke tak. Kalau takleh, so next week lee aku update semua2 ni!! Kalau ada.. so tgk2 jek lee.. hehe!
Akhir kata.. Selamat Bercuti merayakan Mauludir Rasul, dan semoga kita dapat menghayati perjuangan Rasulallah dalam usahanya menegakkan Syiar Islam di muka bumi Allah ini!! Insya Allah!! AMIN!


<< Home